Penulisan harianku.. nk komen x ada hal punya.. ikut suka la.. yang penting apa yg aku tulis tiada kaitan dengan sesape pun..
Pages
MARI BERBLOG BERSAMA SAYA....
Cari ler apa2 yang rasa nak cari ye
Thursday, November 18, 2010
Tazkirah hari jumaat...
kata pepatah jika kita mahukan kebaikan maka jalankan la amalan kepadaNya jika kita mahu menempah ke jalan yang teruk disana maka tinggalkan la.. senang didunia susah diakhirat sana..
selamat beramal dan teruskan usaha untuk diakhirat sana..
Monday, October 25, 2010
Ayat al-Quran pada kulit bayi

MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.
Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.
Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.
Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.
"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.
Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.
Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.
"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi
Friday, August 27, 2010
Mata siapa yang tidak pernah menangis

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"
Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"
"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"
"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"
Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"
Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"
"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.
Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan.
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "
menyatakan sesuatu"
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".
"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"
"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".
"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".
"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.
Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang
Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara
kamu!
TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!
Wassallam
Two Moons on 27th August 2010

Subhanallah Allah mempamirkan kehebatannya, di malam Nuzul Quran
Jangan kita lepaskan peluang untuk melihatnya..insyaAllah
Once In A Life Time
Two moons on 27th August 2010
27th Aug the Whole World is waiting for......... ....
Planet Mars will be the brightest in the night sky starting August. It will look as large as the full moon to the naked eye. This will cultivate on Aug. 27 when Mars comes within 34.65M miles off earth. Be sure to watch the sky on Aug. 27 12:30 am. It will look like the earth has 2 moons.
The next time Mars may come this close is in 2287.
Share this with your friends as NO ONE ALIVE TODAY will ever see it again
Tuesday, August 24, 2010
BERTARAWIH

sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini. kita di galakan menambahkan lagi amal ibadat kepada Allah s.w.t. segala amalan yang baik akan diterima olehNya. bila sebut bulan Ramadhan maka kita akan ingt kepada solat tarawih. kebanyakan dari kita hanya akan memilih surau yang membuat 8 rakaat maka ramai lah orang ditempat terbut. jika membuat sebanyak 20 rakaat maka akan kurang lah orang mengerjakan solat tersebut. berapa banyak pun tidak kisah asal ianya tepat dengan hukum dan tidak terkurang. maksudnya tidak terkurang kepada bacanya tepat tidak terkurang. bila membuat banyak rakaatnya akan mengejar dan membuatnya dengan laju maka hukum berhenti seketika tidak digunakan. selamat menjalakan ibadah puasa. didalam bulan ini marilah kita memperbanyakkan amal ibadah dalam 1 bulan ini saja yang kita untuk mendapat pahala yang berlipat kali ganda.
DOA BUKA PUASA
coretan bermula lagi. setiap yang bermula mesti akan berakhir. maka bila hendak buka kita akan membaca doa bagi berbuka puasa bagi mendapat keberkatan daripadaNya. selain membaca doa makan kita juga boleh membaca doa ini bagi merasai lagi suasana berpuasa. kepada umat islam sekalian selamat beramal. hidup hanya sekali jadi selamat la beramal. dunia sekarang ini hendak ke akhirnya.
puasa.........

Tidak disangka sudah 14 Ramadhan pada hari ini.. separuh bulan syawal telah kita tempuhi. mengenangkan kepada amalan puasa ku ini harapnya diterima oleh Allah dengan sepenuhnya. puasa ini lah bagi kita mencari amalan yang baik sesungguhnya pada bulan ini pintu-pintu neraka ditutup dan pintu neraka ditutunya serapat yang boleh. bayangkan berapanya Allah nak kita selamat dari nerakaNya itu. hanya dibulan yang mulia ini sahaja yang kita perlu berpuasa penuh. kalau lah dalam bulan ini kita tidak dapat menjalan ibadah puasa sama lah kita mcm orang yang tidak beragama itu. pelik jugak lah bila balik rumah je boleh member aku dengan selamba je dia isap rokok alangkah malangnya manusia yang mengsia-siakan bulan ini. dia macam menganggap bulan Ramadhan ini tidak wujud. pelik juga la bila orang yang tidak berpuasa ini same-same nak beraya.. pelik tapi ini lah kenyataan. sebagai umat islam aku ni ada juga la nasihat pasal puasa ni. tapi aku hanya bercakap yang menerima adalah dirinya sediri. benar kata sesetengah orang kubur masing-masing tapi alangkah malangnya bila diakhirat nanti kita akan disalahkanya pula sebab tidak mengajak kepada kebaikan dan mendapat saham akhirat. sampai disini je la coretan saya.